untitled
viviti
 
 
 
 
   
 
Kursus
Galeri Kursus
Muaturun
 
 
UNTUK MAKLUMAT
Emel:
abtaternak@yahoo.com
 
 
 
 

Program Kursus Anjuran Abta Ternak Sdn Bhd

  • Kursus Asas Pemeliharaan Lembu Pedaging
  • Kursus Asas Pemeliharaan Kambing & Bebiri Pedaging

9 SEBAB AND PERLU HADIR KURSUS INI!

  • Kurikulum menepati keperluan industri ternakan ruminan
  • Kandungan kursus adalah 50% praktikal secara “hands-on”
  • Nota pengajian yang lengkap
  • Metodologi pembelajaran yang menyeronokkan melalui kaedah penyampaian multimedia
  • Tenaga pengajar yang berpengalaman luas dan berkelulusan Ph.D & M.Sc.
  • Bilik kuliah berhawa dingin, luas dan selesa yang boleh memuatkan 30-40 peserta
  • Lapan bilik penginapan (3 orang sebilik) yang dilengkapi dengan katil 8’ x 4’ dan tilam setebal 8 inci yang boleh memuatkan 24 peserta pada satu-satu masa
  • Makan minum 6 kali sehari dengan menu setaraf hotel 3 bintang
  • Ladang ternakan seluas 48 ekar yang ditanam dengan pastura (napier, signal, para) dan foder (jagung, kenaf, rosel, mulberry dan petai belalang) serta dilengkapi dengan 4 kandang lembu dan 3 kandang kambing, 250 ekor lembu, 150 ekor kambing dan 80 ekor bebiri.

 

OBJEKTIF KURSUS

► Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di dalam pengurusan ternakan lembu/kambing/bebiri pedaging melalui konsep pemeliharaan secara fidlot dan secara ibu dan anak di kalangan peserta.

► Melatih peserta agar mampu melaksanakan kerja-kerja asas amalan harian menternak lembu/kambing/bebiri (menyediakan ransum makanan, memberi makan-minum, membersih kandang, menyediakan bahan-bahan tanaman dan menanam foraj & foder, menjaga kesihatan ternakan, membuat silaj dan blok nutrien serta kompos dan lain-lain amalan asas.

► Meningkatkan pengetahuan tentang aspek-aspek kesihatan, penyakit-penyakit , rawatan-rawatan terhadap penyakit ruminan dan amalan penternakan yang baik (GAHP) kearah mendapatkan persijilan Skim Akreditasi Ladang Ternakan (SALT).

► Mendedahkan peserta-peserta kursus kepada faktor-faktor kearah meningkatkan efisensi dan produktiviti.

 

METODOLOGI KURSUS

Kursus akan dikendalikan dalam bentuk kuliah atau pun syarahan (50%), dan amali (50%) berbentuk praktikal, demonstrasi, lawatan, perbincang atau pun dialog, tayangan video dan lawatan. Syaraha akan dikendalikan sepenuhnya dibilik kuliah Loji Air, manakala amali yang berbentuk praktikal akan dijalankan sepenuhnya di ladang ABTA Ternak Sdn Bhd.

 

FASILITATOR KURSUS

Pensyarah-pensyarah yang diundang untuk mengajar dalam kursus-kursus anjuran ABTA Ternak Sdn Bhd adalah pakar-pakar dalam topik-topik tertentu daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, dan beberapa syarikat seperti BISPRO dan MARDITECH. Dr. Md. Jusoh Mamat, Pengarah Urusan ABTA Ternak Sdn Bhd sendiri bertindak sebagai Ketua Fasilitator Kursus.

 

BAHASA PENGANTAR

Kursus akan dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia. Walau bagaimana pun, kadang kala , ada kemungkinan pensyarah menggunakan Bahasa Inggeris untuk menjelaskan sesuatu perkara dengan lebih jelas dan mendalam terutama dalam menjelaskan sesuatu Istillah atau konsep.

 

SINOPSIS KURSUS

 1. KURSUS ASAS PEMELIHARAAN LEMBU PEDAGING

 Kemajuan industri daging lembu tempatan telah dilangkaui oleh permintaan yang kian meningkat dengan pesatnya terhadap produk-produk bagi 4 dekad yang lalu. Mengikut sejarah, dalam tahun 1970, permintaan total untuk daging lembu telah dicatatkan pada 14,935 tan metrik sedangkan pengeluaran tempatan berada pada 12,980 tan metrik. Ini bermakna kadar sara diri daging lembu pada ketika itu adalah 87%. Pada tahun 2003, pengeluaran daging lembu telah meningkat kepada 23,970 tan metrik sedangkan permintaan telah meningkat lebih dari 5 kali ganda pengeluaran pada 126,840 tan metrik. Ini bermakna tahap sara diri telah menurun dengan ketara sekali kepada hanya 19%. Sumber daging tempatan adalah terdiri daripada 47% pengeluaran secara tradisi, 23% pengeluaran secara integrasi dan 30% lagi pengeluaran secara fidlot. Untuk menampung lebihan permintaan 81%, Malaysia terpaksa mengimport lebih dari RM 524 juta daging lembu dan lembu hidup setahun daripada beberapa negara seperti Australia, India, New Zealand, Thailand, dan U.S.A. Daging lembu dari sumber tempatan lebih digemari konsumer dan dengan itu mendapat harga premium, iaitu RM 12 hingga RM 18 sekilo walaupun mutunya adalah sederhana dan tidak sekata. Daging kerbau India masih lagi mendominasi pasaran daging tempatan pada harga antara RM 6 ke RM 8 sekilo walaupun mutunya adalah lebih rendah.

Memandangkan situasi semasa, peluang-peluang dalam menternak lembu pedaging adalah amat berpotensi dan menguntungkan. Menternak lembu pedaging secara fidlot di Malaysia telah bermula sejak pertengahan 1970’an dan berkembang maju disebabkan oleh permintaan terhadap daging segar yang tinggi dan pada harga premium. Ini disokong pula dengan adanya bekalan lembu pengganti pada harga yang amat berpatutan, dan juga terdapatnya sumber makanan tempatan yang sesuai dan sawit. “Penternakan lembu fidlot” bermaksud memelihara lembu secara intensif dalam kandang/kurungan untuk tujuan pengeluaran lembu pedaging melalui peningkatan berat badan dengan memberi makanan yang bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang secukupnya dalam tempoh yang tertentu.

Kursus ini akan membimbing peserta kearah menjadi penternak moden yang berilmu, mahir dan produktif. Kandungan kursus adalah 50% dalam bentuk teori dan 50% amali yang meliputi tajuk-tajuk seperti menternak dari perspektif islam, pengenalan kepada industri ternakan lembu pedaging, infrastruktur bagi pengeluaran ternakan lembu pedaging fidlot, pengeluran foraj untuk ternakan ruminan, pemakanan lembu pedaging fidlot, kesihatan am, penyakit-penyakit lembu & rawatannya, pengurusan dalam pengeluaran lembu pedaging fidlot, dan ekonomi pengeluaran ternakan lembu fidlot.

Kursus ini sesuai untuk mereka-mereka yang berminat menceburkan diri sebagai pengusaha lembu fidlot, penternak kecil lembu, penternak komersial lembu, pengeluar atau pengilang makanan ternakan, dan pegawai-pegawai pengembangan.

 

2. KURSUS ASAS PEMELIHARAAN KAMBING/BEBIRI PEDAGING

Pertanian telah dikenal pasti sebagai engin pertumbuhan ekonomi Malaysia yang ke-tiga pada abad ini. Walaupun begitu, dalam sektor ternakan, banyak faktor menjadi penghalang yang boleh merencatkan pembangunan industri ini. Dua isu utama yang dikenal pasti ialah kekurangan baka pembaikbiak yang berkualiti tinggi dan penggantungan terhadap pengimpotan makanan ternakan dari luar negara. Dalam sektor daging kambing/bebiri, 94% daripada keperluan tempatan diperolehi daripada pengimpotan, terutama dari Australia, New Zealand dan terbaru sekali dari Indonesia. Pengimpotan daging kambing telah meningkat sekali ganda daripada 7,549 mt dalam tahun 1990 kepada 15,630 mt dalam tahun 2001. Pengambilan per kapita daging kambing juga meningkat daripada 0.5 kg kepada 0.8 kg seorang. Dalam tahun 2001, nilai pengimpotan daging kambing dan kambing hidup adalah kira-kira RM102 juta. Di Malaysia pula, populasi kambing telah menurun daripada 284,257 ekor dalam tahun 1990 kepada 196,777 ekor dalam tahun 2002.

Memandangkan peluang yang cerah dalam perusahaan pengeluaran kambing maka syarikat ABTA Ternak Sdn Bhd menawarkan kursus asas pemeliharaan kambing/bebiri pedaging ini supaya ilmu yang lengkap dan jauh lebih maju dari segi pengetahuan, kepakaran dan teknologi, akan membolehkan peserta menjadi penternak moden, berdaya maju dan mampu bersaing dalam perusahan menternak kambing/bebiri. Kursus ini mengandungi 50% teori dan 50% amali yang mencangkupi topik-topik seperti menternak dari perspektif islam, pengenalan kepada industri ternakan kambing/bebiri pedaging, infrastruktur bagi pengeluaran ternakan kambing/bebiri fidlot, pengeluran foraj untuk ternakan ruminan, pemakanan kambing/bebiri pedaging fidlot, kesihatan am, penyakit-penyakit kambing/bebiri & rawatannya, pengurusan dalam pengeluaran kambing/bebiri pedaging fidlot, dan ekonomi pengeluaran ternakan kambing/bebiri fidlot.

Kursus ini sesuai untuk mereka-mereka yang berminat menceburkan diri sebagai pengusaha kambing/bebiri fidlot, penternak kecil kambing/bebiri, penternak komersial kambing/bebiri, pengeluar atau pengilang makanan ternakan, pegawai-pegawai pengembangan, dan bakal-bakal pesara daripada pegawai-pegawai kerajaan yang berminat menternak kambing/bebiri.

 

KELAYAKAN PESERTA

Syarat umum bagi mengikuti kursus-kursus anjuran ABTA Ternak Sdn Bhd adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan luar negara
  • Berumur 18 tahun keatas
  • Telah tamat sekurang-kurangnya pendidikan menengah rendah
  • Akan mematuhi norma-norma etika semasa kursus

 

JENIS PAKEJ KURSUS DAN YURAN

Pakej A – Sepenuhnya, meliputi kursus (teori & amali), makan-minum (sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam & minum malam), dan penginapan (sebilik 3 orang). Yuran yang dikenakan adalah RM 1,400.00 saorang.

Pakej B – Tanpa penginapan sahaja. Yuran yang dikenakan adalah RM 1,100.00 saorang. Pakej ini hanya terhad kepada peserta-peserta yang tinggal sekitar 20 kilometer daripada Loji Air, Chinchin, Jasin, Melaka.

 

KAEDAH PEMBAYARAN

Bayaran kursus hendaklah disempurnakan semasa permohonan kursus dibuat iaitu dalam bentuk Wang Kiriman Pos/Deraf Bank/Cek Jabatan atau Pesanan Tempatan atas nama ABTA TERNAK SDN. BHD.

Pembayaran melalui bank

Jenis Bank: Ambank

No akaun: 227 – 202 – 200129 – 1

* Sila lampir resit bersama borang

 

Klik disini untuk muaturun borang & maklumat kursus

 
 
 
 
Freelance Web Designer

Web Hosting · Blog · Guestbooks · Message Forums · Mailing Lists
Easiest Website Builder ever! · Build your own toolbar · Free Talking Character · Email Marketing
powered by a free webtools company bravenet.com