| |

ABTA Ternak Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang baru sahaja ditubuhkan bagi tujuan projek ternakan. Secara umumnya, objektif syarikat adalah menjadi salah sebuah daripada syarikat pembekal lembu pedaging yang besar dan bereputasi tinggi. Projek pengeluaran lembu pedaging fidlot secara komersil ini adalah merupakan penerokaan bisnes sulong bagi syarikat dan dianggap sebagai batu loncatan kepada aktiviti-aktiviti bisnes lain seperti menternak kambing, ayam kampong dan ikan air tawar. Syarikat ini adalah 100% milik bumputra.
Untuk menyahut seruan kerajaan, Syarikat ABTA Ternak Sdn Bhd telah ditubuhkan dan didaftarkan pada bulan April 2006. Ladang ABTA seluas 48 ekar yang dipajak dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan Melaka. Setakat ini sebanyak 250 ekor lembu jantan telah digemukkan secara fidlot dengan menggunakan 3 kandang yang sedia ada.
Syarikat ABTA Ternak Sdn Bhd juga telah memulakan program pembiakan lembu dengan 50 ekor induk betina dan 7 ekor jantan daripada baka Brakmas, Brahman, Cherolais, Cheroke dan Droughtmaster. Syarikat bercadang untuk meningkatkan populasi lembu betina induk kepada 100 ekor menjelang pertengahan tahun 2007. Dalam masa yang sama populasi kambing (Jamnapari tulin, Kacukan Jamnapari, Anglonubian, Senen, Katjang, dan Boer) dan bebiri (Dorset, Saint Merino, dan Barbados) akan ditingkatkan kepada 300 ekor.

|
|